Sunday, 23 June 2013

Memalukan Orang Sulu Bila Lihat Tarian ini

Amat Memalukan bila admin yang berketurunan sulu lihat video anak muda sulu ini menari berdansa ala sexual...minta-minta bertaubat lah rayang...



Saturday, 8 September 2012

‘Change the government to save Sabah’


LAHAD DATU: The opposition is drumming home the message to Sabahans that the state has fallen on hard times despite being rich in resources.
Speaking to some 50 supporters who attended a PKR election preparation gathering here, the party’s Tawau division chairman Kong Hon Min said: “We made a mistake 47 years ago and it is now time to amend that mistake.
“Now is the time to change this Umno-led federal government to save Sabah and bring Sabahans out of poverty.
“Look at Brunei and Singapore: they are successful because they don’t have Umno.”
Kong said it was devastating to know that though Sabahans had gone through many hardship under Umno rule, they had continued to give support to the ruling party.
Citing the recent incident where villagers set fire to a timber company’s property in Kampung Alab in Sook, Keningau, he said it was a manifestation of the corrupt practices and inability of the Umno-led government to resolve the long-standing tussle for land in rural areas.
Kong also questioned the skyrocketing prices on goods and property while wages remained stagnant.
“Sabah has vast agricultural land but many poor Sabahans remain landless.
“Some had applied between five and 10 acres of land from the government, but after waiting more than 30 years they have yet to receive any news, while a big company can easily gain large acreage of land,” he said.
“We need to change this government. It is crucial for all of us to unite and stop reviving Umno in order for the people to enjoy the riches of the state,” he said.
But he reminded them that the struggle against Umno would not be easy.
“What we are facing is not a small party, but a giant Umno, thus we must work hard to enable the party’s message and agendas to reach the people at every level, including remote areas,” he told party members.
Kong, who is also PKR election director, later witnessed the handing-over of 241 party membership cards to supporters, many of whom were prevented from attending after the police failed to grant a permit for a bigger gathering.

SALLEH KALBI SUKA MUNGKIR JANJI?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
PARTI Keadilan Rakyat Sabah menyifatkan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi sebagai ‘lidah bercabang’ kerana tidak menunaikan janjinya kepada masyarakat Cina di Lahad Datu untuk memulihara Tapak Kuburan Kuno Cina di Silam sebagai destinasi pelancongan.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Citra Masadi ketika menjelaskan beberapa janji palsu Salleh Kalbi kepada masyarakat Cina yang harus dipandang serius kerana peruntukan yang diberikan dialihkan ke tempat lain atau untuk tujuan bercanggah dengan tujuan dipohon.
“Sebelum ini beberapa ahli PKR Cina di Lahad Datu ada menghubungi saya meminta dibangkitkan isu janji Salleh untuk membangunkan tapak bersejarah di Silam, terutama ekoran penemuan Kuburan Cina Kuno yang dianggarkan berusia lebih 300 tahun,” kata Citra yang dimaklumkan PKR Lahad Datu bahawa projek berkenaan hanya janji kosong apabila peruntukan diberikan dalam empat peringkat dipindahkan ke tempat lain.
Kata Citra, beliau mendapati bahawa peruntukan khas Ahli Parlimen sejumlah RM80,000 telah dipecah kecilkan kepada empat bayaran dan bayaran pertama RM20,000 untuk projek membina tangga simen Kuburan Cina Lama (Tempat Bersejarah) di Kampung Silam, N50, Lahad Datu (H0809HA18850310992) telah dipinda kepada membiayai sebahagian kos untuk program sambutan Hari Chap Goh Mei 2010, Lahad Datu yang dilaksanakan oleh Aziella Kontraktor.
Janji Salleh untuk membangunkan tempat bersejarah ini kata Citra, telah disiarkan melalui artikel bertajuk ‘Tapak Kuburan China Berusia 300 Tahun Ditemui’ pada 6 Jun 2009, tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang pembangunan dibina kerana keseluruhan peruntukan telah dipinda untuk tujuan lain dan dilaksanakan oleh Aziella Kontraktor dan Aleeda Kontraktor, syarikat milik keluarga dan proksi Salleh.

PKR BANTAH PENJENAMAAN SEMULA LAHAD DATU?


PENJENAMAAN semula Lahad Datu sebagai Bandar Palma yang akan dilancarkan Adun    Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur di Dataran SEDCO, Lahad Datu pada 21    Disember 2009 mendapat bantahan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim yang menghubungi Sabahkini.net di Pantai Timur Sabah menegaskan pihaknya membantah penjenamaan semula Lahad Datu sebagai ‘Bandar Palma’ kerana ianya hanya ‘Gimik Politik’ dan untuk menyembunyikan kegagalan Barisan Nasional membangun dan menaiktaraf Lahad Datu sebagai Bandar Satelit.



“Tetapi ianya lebih sesuai dijenamakan semula sebagai ‘Bandar Sampah’ kerana Lahad Datu ditimbuni lebih 70 tan sampah setiap masa. Jika dikumpul dan ditimbunkan, dua pertiga Bandar Lahad Datu akan hilang,” ujar Johani sambil berseloroh sekalipun dalam nada serius.
Johani berpendapat, Tungku sesuai dijenamakan semula sebagai ‘Bandar Palma’ kerana dikelilingi lebih 500,000 hektar hutan kelapa sawit, sedangkan Lahad Datu mempunyai tidak sampai 10,000 ekar Ladang kelapa sawit dan hanya sekitar 20 ekar sahaja yang berada di sekitar Bandar Sampah Lahad Datu.
Pokok palma yang ditanam dan tidak terjaga di sekitar bandar Lahad Datu hanya mencacatkan pemandangan dan mendatangkan masalah kepada lalulintas apabila daun palma menimpa kenderaan kerana ditanam di atas pembahagi jalan.
Adalah tidak munasabah bagi MDLD menggelarkan Lahad Datu berdasarkan imej Palma kerana sebelum ini beberapa pihak telah menggunakan simbol palma seperti Royal Palm Hotel dan Palm Pharmasi; lebih-lebih lagi pohon palma yang ditanam kelihatan terbiar seperti rimba tropika dan tidak mendatangkan sebarang hasil berbanding kelapa sawit atau pohon tamar.
“Saya lebih bersetuju jika Lahad Datu dinamakan semula sebagai Bandar Silam kerana Silam adalah Bandar Pelancongan kerana terdapat lebih 20 Pusat Pelancongan berada di Parlimen Silam,” ujar Johani yang membidas Nasrun dan Majlis Daerah Lahad Datu yang gagal memastikan Bandar Lahad Datu bersih daripada sampah sarap.
Tegas Johani, jika ditukar nama atau dijenamakan seribu kalipun, Lahad Datu tetapi berbau busuk oleh sampah sarap yang menjadi Pusat Pembiakan Lilati (Lipas, Lalat dan Tikus) kerana Konsesi Pungutan Sampah gagal memastikan Bandar Lahad Datu Bersih dan Indah; sebaliknya terus mengekalkan Lahad Datu sebagai Pekan Koboi yang dipenuhi Penjaja Haram dan Sampah Sarap.
“Apakah di Bandar Palma ini kelak akan dihalalkan kegiatan mencuci kereta di dalam kompoun Majlis Daerah Lahad Datu dan Persatuan Bas bebas memungut tol di kawasan letak kereta awam? Bebas berjaja di kaki lima? Ini macam dalam filem Koboi ‘High Chaparal’. Bila MDLD mahu sedar dan berubah?,” tanya Johani yang mencabar Nasrun membuat penjelasan kenapa banyak kawasan lapang atau OP dibenarkan diguna pakai untuk tujuan perniagaan.

UMNO SABAH BANKRAP???


 PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan ketidak cekapan Kerajaan UMNO-BN mentadbir negeri Sabah sehingga banyak pembangunan tergendala, terutama disebabkan kebanyakan projek diberikan kepada kontraktor yang tidak layak kerana 'Projek Top-Up'.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi menyatakan sehingga ke hari ini Jambatan Sapagaya di Lahad Datu gagal disiapkan setelah tergendala begitu lama, sedangkan Lebuhraya Berkembar sudah lama siap.

"Mungkinkah UMNO-BN sudah bankrap sehingga tidak mampu membayar tuntutan kontraktor kerana kita dimaklumkan projek berkenaan lambat siap disebabkan kontraktor belum dibayar? Benarkah?," tanya Citra sambil menggesa Jabatan Kerjaraya memberi penjelasan kenapa projek berkenaan tergendala.

Citra menegaskan, JKR hendaklah menjelaskan sama ada denda ada dikenakan kepada kontraktor terbabit kerana beliau percaya dilakukan oleh subkontraktor.

"Para pengguna jalanraya mahu tahu bila jambatan ini boleh siap dan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kontraktor. Tidak patut betul kerana jalan sudah siap tetapi jambatan masih tergendala," kata Citra dengan nada kesal.

Menurut Citra, para pengguna jalanraya berkenaan yang menghadapi masalah perhubungan akibat jambatan berkenaan menghubungi beliau setelah aduan mereka kepada JKR, Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam tidak diendahkan.













Guan Eng: Lompat parti petanda rakyat Sabah meluat dengan BN


KUALA LUMPUR, 13 Ogos —Tindakan tiga orang pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong Pakatan Rakyat(PR) menunjukkan bahawa mereka hilang keyakinan terhadap parti pemerintah yang membiarkan gejala rasuah berleluasa di peringkat negeri dan
persekutuan, kata pemimpin DAP Lim Guan Eng (gambar)hari ini.

Pemimpin pembangkang itu berkata demikian ketika ditanya mengenai Senator Datuk Maijol Mahap yang keluar dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) semalam dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) — menjadikan pemimpin BN ketiga yang keluar parti dalam bulan ini.
“Seperti yang saya telah katakan, mereka kecewa kerana layanan tidak adil dari kerajaan persekutuan, kecewa dengan ketua menteri Sabah dan kerajaan negeri BN yang membiarkan rasuah berleluasa di negeri tersebut,” kata ketua menteri Pulau Pinang di George Town.
The Malaysian Insider menerima rakaman audio dari sidang akhbar tersebut.
Lim berkata mereka berhijrah kerana sudah bosan dengan BN yang mereka lihat melakukan rasuah secara berleluasa.
“Sabah adalah negeri termiskin di negara ini, itu petanda rasuah berleluasa di sana.
“Kadar kemiskinan negeri telah mencecah 20 peratus. Kita semua tahu Sabah sebuah negeri yang kaya, tetapi mempunyai kadar rakyat termiskin tertinggi di negara,” kata setiausaha agung DAP itu.
Semalam, Maijol menyertai dua orang bekas pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing juga bekas timbalan presiden UPKO dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, meninggalkan parti pemerintah itu dan menyokong PR. Kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sering dilihat sebagai “simpanan tetap” yang akan membantu BN terus berkuasa. 
Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan ada lagi pemimpin BN yang akan melompat ke PR dalam masa beberapa minggu akan datang.


Lompat parti secara besar-besaran akan berlaku di Sabah?


BEBERAPA blog dan portal berita pro Pakatan Rakyat sejak minggu lepas melaporkan kemungkinan akan berlaku aktiviti lompat parti secara besar-besaran oleh beberapa orang Ahli Parlimen dan bekas pemimpin BN Sabah ke Pakatan Rakyat di sempena dengan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri tersebut semalam.

Penulis sendiri tidak pasti bagaimana maklumat ini boleh tersebar, penulis sudah memeriksa sendiri dengan pejabat Datuk Seri Anwar dan mengesahkan berita ini bukan datang dari situ.

Tapi yang hairannya berita ini diwar-warkan dengan begitu bersungguh-sungguh dan secara meluas sekali, seolah-olah sudah ada kepastian dalam tangan akan ada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti di Sabah sedangkan penulis tahu sejak kegagalan 16 September 2008, semua orang dalam Pakatan Rakyat sangat berhati-hati bercakap mengenai perkara ini.