Saturday, 8 September 2012

‘Change the government to save Sabah’


LAHAD DATU: The opposition is drumming home the message to Sabahans that the state has fallen on hard times despite being rich in resources.
Speaking to some 50 supporters who attended a PKR election preparation gathering here, the party’s Tawau division chairman Kong Hon Min said: “We made a mistake 47 years ago and it is now time to amend that mistake.
“Now is the time to change this Umno-led federal government to save Sabah and bring Sabahans out of poverty.
“Look at Brunei and Singapore: they are successful because they don’t have Umno.”
Kong said it was devastating to know that though Sabahans had gone through many hardship under Umno rule, they had continued to give support to the ruling party.
Citing the recent incident where villagers set fire to a timber company’s property in Kampung Alab in Sook, Keningau, he said it was a manifestation of the corrupt practices and inability of the Umno-led government to resolve the long-standing tussle for land in rural areas.
Kong also questioned the skyrocketing prices on goods and property while wages remained stagnant.
“Sabah has vast agricultural land but many poor Sabahans remain landless.
“Some had applied between five and 10 acres of land from the government, but after waiting more than 30 years they have yet to receive any news, while a big company can easily gain large acreage of land,” he said.
“We need to change this government. It is crucial for all of us to unite and stop reviving Umno in order for the people to enjoy the riches of the state,” he said.
But he reminded them that the struggle against Umno would not be easy.
“What we are facing is not a small party, but a giant Umno, thus we must work hard to enable the party’s message and agendas to reach the people at every level, including remote areas,” he told party members.
Kong, who is also PKR election director, later witnessed the handing-over of 241 party membership cards to supporters, many of whom were prevented from attending after the police failed to grant a permit for a bigger gathering.

SALLEH KALBI SUKA MUNGKIR JANJI?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
PARTI Keadilan Rakyat Sabah menyifatkan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi sebagai ‘lidah bercabang’ kerana tidak menunaikan janjinya kepada masyarakat Cina di Lahad Datu untuk memulihara Tapak Kuburan Kuno Cina di Silam sebagai destinasi pelancongan.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Citra Masadi ketika menjelaskan beberapa janji palsu Salleh Kalbi kepada masyarakat Cina yang harus dipandang serius kerana peruntukan yang diberikan dialihkan ke tempat lain atau untuk tujuan bercanggah dengan tujuan dipohon.
“Sebelum ini beberapa ahli PKR Cina di Lahad Datu ada menghubungi saya meminta dibangkitkan isu janji Salleh untuk membangunkan tapak bersejarah di Silam, terutama ekoran penemuan Kuburan Cina Kuno yang dianggarkan berusia lebih 300 tahun,” kata Citra yang dimaklumkan PKR Lahad Datu bahawa projek berkenaan hanya janji kosong apabila peruntukan diberikan dalam empat peringkat dipindahkan ke tempat lain.
Kata Citra, beliau mendapati bahawa peruntukan khas Ahli Parlimen sejumlah RM80,000 telah dipecah kecilkan kepada empat bayaran dan bayaran pertama RM20,000 untuk projek membina tangga simen Kuburan Cina Lama (Tempat Bersejarah) di Kampung Silam, N50, Lahad Datu (H0809HA18850310992) telah dipinda kepada membiayai sebahagian kos untuk program sambutan Hari Chap Goh Mei 2010, Lahad Datu yang dilaksanakan oleh Aziella Kontraktor.
Janji Salleh untuk membangunkan tempat bersejarah ini kata Citra, telah disiarkan melalui artikel bertajuk ‘Tapak Kuburan China Berusia 300 Tahun Ditemui’ pada 6 Jun 2009, tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang pembangunan dibina kerana keseluruhan peruntukan telah dipinda untuk tujuan lain dan dilaksanakan oleh Aziella Kontraktor dan Aleeda Kontraktor, syarikat milik keluarga dan proksi Salleh.

PKR BANTAH PENJENAMAAN SEMULA LAHAD DATU?


PENJENAMAAN semula Lahad Datu sebagai Bandar Palma yang akan dilancarkan Adun    Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur di Dataran SEDCO, Lahad Datu pada 21    Disember 2009 mendapat bantahan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim yang menghubungi Sabahkini.net di Pantai Timur Sabah menegaskan pihaknya membantah penjenamaan semula Lahad Datu sebagai ‘Bandar Palma’ kerana ianya hanya ‘Gimik Politik’ dan untuk menyembunyikan kegagalan Barisan Nasional membangun dan menaiktaraf Lahad Datu sebagai Bandar Satelit.



“Tetapi ianya lebih sesuai dijenamakan semula sebagai ‘Bandar Sampah’ kerana Lahad Datu ditimbuni lebih 70 tan sampah setiap masa. Jika dikumpul dan ditimbunkan, dua pertiga Bandar Lahad Datu akan hilang,” ujar Johani sambil berseloroh sekalipun dalam nada serius.
Johani berpendapat, Tungku sesuai dijenamakan semula sebagai ‘Bandar Palma’ kerana dikelilingi lebih 500,000 hektar hutan kelapa sawit, sedangkan Lahad Datu mempunyai tidak sampai 10,000 ekar Ladang kelapa sawit dan hanya sekitar 20 ekar sahaja yang berada di sekitar Bandar Sampah Lahad Datu.
Pokok palma yang ditanam dan tidak terjaga di sekitar bandar Lahad Datu hanya mencacatkan pemandangan dan mendatangkan masalah kepada lalulintas apabila daun palma menimpa kenderaan kerana ditanam di atas pembahagi jalan.
Adalah tidak munasabah bagi MDLD menggelarkan Lahad Datu berdasarkan imej Palma kerana sebelum ini beberapa pihak telah menggunakan simbol palma seperti Royal Palm Hotel dan Palm Pharmasi; lebih-lebih lagi pohon palma yang ditanam kelihatan terbiar seperti rimba tropika dan tidak mendatangkan sebarang hasil berbanding kelapa sawit atau pohon tamar.
“Saya lebih bersetuju jika Lahad Datu dinamakan semula sebagai Bandar Silam kerana Silam adalah Bandar Pelancongan kerana terdapat lebih 20 Pusat Pelancongan berada di Parlimen Silam,” ujar Johani yang membidas Nasrun dan Majlis Daerah Lahad Datu yang gagal memastikan Bandar Lahad Datu bersih daripada sampah sarap.
Tegas Johani, jika ditukar nama atau dijenamakan seribu kalipun, Lahad Datu tetapi berbau busuk oleh sampah sarap yang menjadi Pusat Pembiakan Lilati (Lipas, Lalat dan Tikus) kerana Konsesi Pungutan Sampah gagal memastikan Bandar Lahad Datu Bersih dan Indah; sebaliknya terus mengekalkan Lahad Datu sebagai Pekan Koboi yang dipenuhi Penjaja Haram dan Sampah Sarap.
“Apakah di Bandar Palma ini kelak akan dihalalkan kegiatan mencuci kereta di dalam kompoun Majlis Daerah Lahad Datu dan Persatuan Bas bebas memungut tol di kawasan letak kereta awam? Bebas berjaja di kaki lima? Ini macam dalam filem Koboi ‘High Chaparal’. Bila MDLD mahu sedar dan berubah?,” tanya Johani yang mencabar Nasrun membuat penjelasan kenapa banyak kawasan lapang atau OP dibenarkan diguna pakai untuk tujuan perniagaan.

UMNO SABAH BANKRAP???


 PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan ketidak cekapan Kerajaan UMNO-BN mentadbir negeri Sabah sehingga banyak pembangunan tergendala, terutama disebabkan kebanyakan projek diberikan kepada kontraktor yang tidak layak kerana 'Projek Top-Up'.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi menyatakan sehingga ke hari ini Jambatan Sapagaya di Lahad Datu gagal disiapkan setelah tergendala begitu lama, sedangkan Lebuhraya Berkembar sudah lama siap.

"Mungkinkah UMNO-BN sudah bankrap sehingga tidak mampu membayar tuntutan kontraktor kerana kita dimaklumkan projek berkenaan lambat siap disebabkan kontraktor belum dibayar? Benarkah?," tanya Citra sambil menggesa Jabatan Kerjaraya memberi penjelasan kenapa projek berkenaan tergendala.

Citra menegaskan, JKR hendaklah menjelaskan sama ada denda ada dikenakan kepada kontraktor terbabit kerana beliau percaya dilakukan oleh subkontraktor.

"Para pengguna jalanraya mahu tahu bila jambatan ini boleh siap dan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kontraktor. Tidak patut betul kerana jalan sudah siap tetapi jambatan masih tergendala," kata Citra dengan nada kesal.

Menurut Citra, para pengguna jalanraya berkenaan yang menghadapi masalah perhubungan akibat jambatan berkenaan menghubungi beliau setelah aduan mereka kepada JKR, Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam tidak diendahkan.













Guan Eng: Lompat parti petanda rakyat Sabah meluat dengan BN


KUALA LUMPUR, 13 Ogos —Tindakan tiga orang pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong Pakatan Rakyat(PR) menunjukkan bahawa mereka hilang keyakinan terhadap parti pemerintah yang membiarkan gejala rasuah berleluasa di peringkat negeri dan
persekutuan, kata pemimpin DAP Lim Guan Eng (gambar)hari ini.

Pemimpin pembangkang itu berkata demikian ketika ditanya mengenai Senator Datuk Maijol Mahap yang keluar dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) semalam dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) — menjadikan pemimpin BN ketiga yang keluar parti dalam bulan ini.
“Seperti yang saya telah katakan, mereka kecewa kerana layanan tidak adil dari kerajaan persekutuan, kecewa dengan ketua menteri Sabah dan kerajaan negeri BN yang membiarkan rasuah berleluasa di negeri tersebut,” kata ketua menteri Pulau Pinang di George Town.
The Malaysian Insider menerima rakaman audio dari sidang akhbar tersebut.
Lim berkata mereka berhijrah kerana sudah bosan dengan BN yang mereka lihat melakukan rasuah secara berleluasa.
“Sabah adalah negeri termiskin di negara ini, itu petanda rasuah berleluasa di sana.
“Kadar kemiskinan negeri telah mencecah 20 peratus. Kita semua tahu Sabah sebuah negeri yang kaya, tetapi mempunyai kadar rakyat termiskin tertinggi di negara,” kata setiausaha agung DAP itu.
Semalam, Maijol menyertai dua orang bekas pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing juga bekas timbalan presiden UPKO dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, meninggalkan parti pemerintah itu dan menyokong PR. Kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sering dilihat sebagai “simpanan tetap” yang akan membantu BN terus berkuasa. 
Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan ada lagi pemimpin BN yang akan melompat ke PR dalam masa beberapa minggu akan datang.


Lompat parti secara besar-besaran akan berlaku di Sabah?


BEBERAPA blog dan portal berita pro Pakatan Rakyat sejak minggu lepas melaporkan kemungkinan akan berlaku aktiviti lompat parti secara besar-besaran oleh beberapa orang Ahli Parlimen dan bekas pemimpin BN Sabah ke Pakatan Rakyat di sempena dengan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri tersebut semalam.

Penulis sendiri tidak pasti bagaimana maklumat ini boleh tersebar, penulis sudah memeriksa sendiri dengan pejabat Datuk Seri Anwar dan mengesahkan berita ini bukan datang dari situ.

Tapi yang hairannya berita ini diwar-warkan dengan begitu bersungguh-sungguh dan secara meluas sekali, seolah-olah sudah ada kepastian dalam tangan akan ada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti di Sabah sedangkan penulis tahu sejak kegagalan 16 September 2008, semua orang dalam Pakatan Rakyat sangat berhati-hati bercakap mengenai perkara ini.

lawak bung mokhtar

zizie ezette bung mokhtar

                                                            hahaha

Skandal Zahida Rafik Dan Shafie Apdal Didedahkan PKR ?

AMAT MEMALUKAN RAKYAT SABAH KHUSUSNYA BILA PEMIMPIN YANG DISANJUNGI DAN DIHORMATI SANGGUP BERKELAKUAN SEBEGINI.


Ini adalah sedutan dari separuh ataupun suku dari puak-puak umno dari adun ke parlimen sampai ke peringkat tertinggi khususnya seperti penyelewangan kapal selam oleh dato seri najib.

persoalannya disini,
sampai bila harus berlaku?sampai bila rakyat terus tertipu???


Skandal Zahida Rafik Dan Shafie Apdal Didedahkan PKR

Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh dijadikan modal untuk tujuan politik. Free Malaysia Today melaporkan hari ini ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Shafie Apdal mengenai skandalnya dengan Artis Zahida Rafik.

Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”
Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?
“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.
Dalu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.
“Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin.” – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.

Sumber:OhArtis


Baca lagi di : http://www.nescafeais.com/skandal-zahida-rafik-dan-shafie-apdal/#ixzz25wwU56Hh

Rakyat SABAH TERLALU Di Tipu



projek ic sabah 4 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?
Sebelum ini cukup kerap projek IC Sabah ini didedahkan kepada umum dan dibawa untuk pengadilan, tetapi sehingga ke hari masalah ini tidak mendapat “perhatian” daripada pihak berkuasa. Kenapa? 
Pembongkaran projek IC Sabah dibongkarkan sekali lagi semasa parti-part politik memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili iaitu Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.
Projek IC Sabah dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, untuk tujuan mengubah demografi Sabah oleh parti pemerintah
projek ic sabah 5 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?
Antara data yang menarik perhatian kami semasa berlangsung keterangan tersebut. Kami sertakan contoh mudah untuk difahami :
  • Penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi…….
  • Bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000
  • Secara logiknya jika 80 % daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000. Mengapa lebih? Mengapa ada 150,000?

Adakah video di bawah ini menunjukkan ada kaitan dengan Projek IC Sabah :

projek ic sabah 6 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?Bagaimana kita sebagai rakyat Semenanjung Malaysia merasa tidak senang ataupun marah dengan kebanjiran warga asing di Malaysia, mungkin begitulah perasaan rakyat-rakyat di Sabah selama ini berhadapan dengan masalah kebanjiran warga asing yang berjaya mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia dengan begitu mudah sekali jika memang ada kebenaran disebalik skandalProjek IC Sabah  ini.

Projek IC Sabah : Wujudkan Siasatan Bebas!!

Jika tidak betul buatlah satu siasatan bebas, tidak cukup jika hanya menidakkan sahaja. Bukti sudah ada banyak dikemukan oleh parti-parti di Sabah, NGO-ngo dari Sabah mahupun rakyat Sabah sendiri, terpulang samada mahu buat siasatan yang telus atau membiarkan sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah. Buat atau tidak siasatan yang bebas, rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah amnya akan terus memerhati & menilainya ketika ini.
Persoalannya, adakah Projek IC Sabah telah “berjangkit & merebak” pula di Semenanjung Malaysia seperti yang berlaku di Hulu Selangor sebelum ini?
P/S : Walaubagaimanapun, jika ada Sabahan di sini, sila kongsikan pendapat. Jika tidak ada katakan tidak, tetapi jika benar berlakunya Projek IC Sabah Oleh suku-suku filipina  ini sila kongsikan apa sebenarnya yang berlaku di anda?

SEJARAH DAN ASAL USUL SUKU SULUK


Kaum Suluk atau TausÅ«g berasal daripada Kepulauan Sulu  sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kupot dan tarian, Daling-daling.

Wanita Tausug menari pangalay

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.
Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti otang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami kepulauan Sulu.Suku kaum Buranun telah dislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan.

 Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.Dan beberapa penilitian dibuat hasil dari kajian University Of Edinburgholeh Profesor Dr Alen Steve dalam bukunya berjudul The Sulu In Philipines.Prof Dr Alen Menghuraikan beberapa kesahihan yang mengatakan suku sulu berasal dari ''Suku Orang Asli Polynesia dan Indo China'' lebih dari 300 tahun dahulu.Hasil dari kajian tersebut mendapat reaksi positif para golongan sasterawan dan pihak Ketuanan Sulu filipina kerana sumber serta beberapa bukti yang kukuh seperti artifak dan bahan penulisan sejak kurun ke 16 lagi.


Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.
Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (sbt. Holo).
Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.Orang Baklaya adalah merupakan nenek moyang kepada bangsa Bajo atau Bajau dari Daerah Wajo di Sulawesi.
Orang Banjar pula berasal dari suku kaum Dayak yang apabila telah diislamkan dikenali sebagai Banjar merujuk kepada daerah Banjarmasin di Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.Justeru itu bahasa orang-orang Banjar adalah menyamai 80% bahasa Dayak Kalimantan.
Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.[1]
Suku kaum Tausug juga punya beberapa dialek atau slanga mengikut kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.


Tausug

Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (sbt Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sug" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan. Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.
Kata "Sulog" atau Sulug pula berasal dari bahasa Bajau yang bererti arus.Justeru itu sebutan Sulog/Suluk sebenarnya dari kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang sulog ataupun orang arus.Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperi Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu ), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanau) dan Sharif Ali (Brunei)atau dikenali sebagai SHARIFF PITUH atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau arus.
Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.
"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"



[sunting]Suluk

Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.
Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.[3]
Kedua Perkataan Suluk itu juga adalah berasal dari bahasa Orang Bajau iaitu dari kata Sulog (disbt Sul-og)yang bererti ARUS.Orang-orang pelaut dari Johor (Bajau/Orang Laut/Orang Bajo/Orang Selat),orang Dampuan ( dari Champa ), orang Bakhlayas ( orang Wajo/Bajo dari Sulawesi ), orang Taguimaha ( Orang Dayak ( Bajau Yakan ) dari Basilan ), orang Banjar ( orang Dayak dari Kalimantan )dan Orang Buranun/Bud Anun ( orang-orang suku Dayak Bukit di Kepulauan Sulu dan Borneo ) yang kebanyakannya adalah pelaut/pelayar yang belayar jauh menongkah arus yang semuanya berasal dari Sul-Log (ARUS).Suku bangsa gabungan ini akhirnya dikenali sebagai SULOG atau orang arus dan dikenali juga dengan sebutan TAU-SUG ( dari perkatan bahasa suluk yang ertinya ORANG ARUS).Perkataan SULOG akhirnya perlahan-lahan berubah kepada sebutan SULUKakibat perbezaan sebutan loghat suku bangsa gabungan ini.Istilah SULOG juga akhirnya bertukar ke istilahSULUKapabila perkataan Sulog itu dimelayukan akibat Kegemilangan Bahasa Melayu yang menjadi Lingua-Franca Serantau di Nusantara terutamanya di Zaman Keagungan Kesultanan Brunei yang menggunakan bahasa Melayu Brunei. Justeru itulah semua suku bangsa yang menuturkan Bahasa Melayu di Nusantara menyebut istilah dan perkataan SULUK/SULOK untuk merujuk orang Suluk atau orang arus atau orang dari Kepulauan Sulu.Perkataan SUG pula disebut SUK oleh orang-orang Bajau. Orang-orang Suluk dikenali sebagai Bangsa SUK.Kata SUK berasal dari kata SUD dalam istilah orang-orang Bajau dan Suluk yang bererti MASUK.SUK pula berasal dari perkatan MASUK dari bahasa Melayu. Oleh itu kata SUK itu digunakan untuk merujuk suku bangsa-suku bangsa 'ORANG ARUS yang MASUK BERGABUNG MENJADI SATU di Kepulauan ARUS atau Kepulauan SULOG/SULOK/SULUK.

Ketiga: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.[4]
Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.
Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:
“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.[5]
Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.
Suku Suluk juga merupakan suku yang ke 4 berhijrah ke Borneo Sabah Selepas Banjar ,Bugis,Jawa Dan Bajau.

Kebudayaan


Pakaian tradisi orang Tausug dengan parang Sulu (Barong) di pinggang dan kain ridah disangkut di bahu

Pertunjukan Pahlawan Tausug
Orang SULUK merupakan pelayar cekap dan dikenali dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga pahlawan handal dan tukang mahir. Selain itu, mereka juga terkenal dengan tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah).

Pengenalan Blog Baru Admin PALA'UU

SALAM 1 MALAYSIA,ADMIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG ADMIN PALA'UU 1 MALAYSIA,SEMOGA DENGAN BLOG INI DAPAT BERKONGSI ILMU DAN PENGETAHUAN ILMIAH DARI ADMIN DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN FILIPINA KHUSUSNYA,SEMOGA TERHIBUR






SALAM