Saturday, 8 September 2012

Rakyat SABAH TERLALU Di Tipu



projek ic sabah 4 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?
Sebelum ini cukup kerap projek IC Sabah ini didedahkan kepada umum dan dibawa untuk pengadilan, tetapi sehingga ke hari masalah ini tidak mendapat “perhatian” daripada pihak berkuasa. Kenapa? 
Pembongkaran projek IC Sabah dibongkarkan sekali lagi semasa parti-part politik memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili iaitu Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.
Projek IC Sabah dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, untuk tujuan mengubah demografi Sabah oleh parti pemerintah
projek ic sabah 5 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?
Antara data yang menarik perhatian kami semasa berlangsung keterangan tersebut. Kami sertakan contoh mudah untuk difahami :
  • Penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi…….
  • Bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000
  • Secara logiknya jika 80 % daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000. Mengapa lebih? Mengapa ada 150,000?

Adakah video di bawah ini menunjukkan ada kaitan dengan Projek IC Sabah :

projek ic sabah 6 PROJEK IC SABAH : Bumiputera Sabah Semakin Terancam & PATI di Sabah Semakin Bermaharajalela?Bagaimana kita sebagai rakyat Semenanjung Malaysia merasa tidak senang ataupun marah dengan kebanjiran warga asing di Malaysia, mungkin begitulah perasaan rakyat-rakyat di Sabah selama ini berhadapan dengan masalah kebanjiran warga asing yang berjaya mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia dengan begitu mudah sekali jika memang ada kebenaran disebalik skandalProjek IC Sabah  ini.

Projek IC Sabah : Wujudkan Siasatan Bebas!!

Jika tidak betul buatlah satu siasatan bebas, tidak cukup jika hanya menidakkan sahaja. Bukti sudah ada banyak dikemukan oleh parti-parti di Sabah, NGO-ngo dari Sabah mahupun rakyat Sabah sendiri, terpulang samada mahu buat siasatan yang telus atau membiarkan sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah. Buat atau tidak siasatan yang bebas, rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah amnya akan terus memerhati & menilainya ketika ini.
Persoalannya, adakah Projek IC Sabah telah “berjangkit & merebak” pula di Semenanjung Malaysia seperti yang berlaku di Hulu Selangor sebelum ini?
P/S : Walaubagaimanapun, jika ada Sabahan di sini, sila kongsikan pendapat. Jika tidak ada katakan tidak, tetapi jika benar berlakunya Projek IC Sabah Oleh suku-suku filipina  ini sila kongsikan apa sebenarnya yang berlaku di anda?

No comments:

Post a Comment